Friday, March 18, 2011

LADAP 1

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 1
Tarikh : 8 Januari 2011
Masa : 8 - 12.30 pm
Tempat : Dewan Bintang










Latihan PPS Percubaan

Latihan PPS Percubaan
Tarikh : 13 Mac 2011
Hri : Sabtu
Masa : 8-12pm
PPS Percubaan diagihkan kepada beberapa kumpulan kecil dan penerangan diberikan mengenai tugas-tugas sebagai PPS oleh PPS Tingkatan 5




Aktiviti Keceriaan PSS

Aktiviti Keceriaan PSS
Tarikh : 13 Mac 2011
Masa : 8 -12 pm
Tempat : Laluan Tangga PSS


Aktiviti Keceriaan PSS



Monday, May 3, 2010

booksmall Laman ini dibangunkan bertujuan untuk memberikan informasi tentang aktiviti dan program Pusat Sumber Sekolah. Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan kearah mencapai Sekolah Bestari Cemerlang 2010 pusat sumber sekolah ingin membudayakan penggunaan ICT di kalangan warga sekolah

Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis.


Pusat Sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi buku sebanyak 15,ooo naskhah dan di jangka bertambah pada tahun ini.


PSS digerakkan oleh organisasi yang terdiri daripada AJK Induk PSS, AJK Kerja PSS dan Pengawas PSS . Setiap unit mempunyai peranan yang amat penting bagi memastikan PSS dapat beroperasi dengan sempurna dan lancar.


Pusat Sumber Sekolah merangkumi 7 rangkaian iaitu Sudut Bacaan, Laluan Ilmu, Galeri Ilmu, Ruang Ilmu Kantin, Sudut Internet. Bilik Media dan Program Nilam.



Visi Sekolah

SMK CONVENT , ke arah Sekolah Bestari Cemerlang Menjelang 2010


Misi Sekolah


1. Mengurus dan memimpin sekolah secara tulus, cekap dan berwawasan

2. Melaksanakan p&p yang berkualiti

3. Membentuk sahsiah murid berasaskan pembangunan insan

4. Membangunkan sukan sekolah dengan menggunakan pendekatan saintifik dan inovatif

5. Membangunkan bidang kokurikulum dengan penyertaan dalam kebanyakan pertandingan.


Matlamat Sekolah


1. Mewujudkan suasana sekolah yang harmoni

2. Melahirkan pelajar yang taat setia kepada sekolah dan Negara

3. Melahirkan insan yang berakhlak mulia , berilmu dan berketrampilan.

Falsafah Sekolah

Berdasarkan prinsip bahawa:

1. Setiap pelajar boleh dididik dan diberi ilmu pengetahuan yang sempurna demi melahirkan pelajar berbudaya cemerlang, berwawasan dan berguna kepada Negara.

2. Setiap pelajar dibimbing ke arah membina sahsiah yang mulia.

3. Semua pelajar dididik menjadi insan yang bermaruah , hidup hormat-menghormati, tolong-menolong dan bergaul mesra sesama anggota sekolah.

Lagu Sekolah


Prinsip rukun negara amalan hidup

Percaya pada Tuhan yang Maha Kuasa

Taat pada Raja, nusa dan bangsa

Ibubapa dan guru yang membimbing kita

Dalam memburu cita cekal dan sabar

Kelak akan berjaya ke mercu bahagia

Tuhan akan restui segala usaha

Menjadi rakyat mulia dan harapan bangsa

Anda adalah pelawat ke